Tuesday, 25 November 2008

KHASIAT ' MADU'

Dalam surah An-Nahl ayat 69 yang bermaksud : "dari perut lebah itu keluar minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia".
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa madu ini telah diberi jaminan oleh Allah s.w.t dapat menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh manusia. Terdapat lebih kurang 50 hadis yang menceritakan tentang kebaikan madu ini.Amalan perubatan dengan madu ini telah diamalkan oleh ulama-ulama silam.
Sekarang kita terlalu bergantung kepada ubat-ubat hospital, contohnya jika sakit kepala terus jer telan panadol abih cerita..kalau batuk pula terus ambil ubat batuk sedangkan dalam ubat batuk itu mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kita jadi mengantuk. Apa kata mulai sekarang jika anda batuk ingat madu!!

Sunday, 23 November 2008

ASSALAMUALAIKUM wrm,wbt

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua umat islam dan yang masih lagi belum memeluk islam. Ini kali pertama aku menulis untuk ruangan blog ni, walaupun belum agak terlambat mengikuti perkembangan ict, aku cubalah sedaya upaya nak kongsi dengan siapa-siapa yang sudi nak baca.
Sekarang aku bertugas di SK Pauh Lima sebagai Guru Pendidikan Islam (Program j-QAF). Kepada seluruh warga j-QAF tingkatkan usaha bagi melahirkan generasi Al-Quran pada masa depan.